
Bismlillah.. Assalamualaikum. Hai pelawat! Terima kasih la sudi baca.
Ok. Hari ni kat sekolah ada adegan drama yang teramat pendek. Tak tahulah siapa yang letak bawang dekat depan cik blogger ni, asyik keluar air mata je lah.
Hehe.
Takdelah. Sebenarnya, ada dua orang kawan cik blogger nak pindah. Hm. Sedih. Sebab. Serious cik blogger cakap. Dorang SERIBU DALAM SATU! Eh salah. SATU DALAM SERIBU lah..
Ye. Gelaran yang sesuai untuk dorang tapi disebabkan ada dua orang jadi cik blogger tukar sikit, dua dalam seribu.
Ni lah cik blogger suka ni! Cik blogger nak cakap pasal kawan.
Kawan ada banyak jenis. Kawan sekelas, kawan sekerja, kawan yang kenal gitu-gitu je, kawan yang kawan baik gila, kawan yang macam tak rapat tapi dalam diam sangat caring. Banyak lah!
Tapi kawan yang terbaik ialah, of course, kawan yang tak tikam kawan sendiri, secara sedar atau tidak. Kenapa boleh jadi tak sedar? Sebab, kita hidup bukan setakat di dunia je. Cik blogger yakin kebanyakan agama percaya kehidupan selepas kematian. Kan?
Apa kaitan ini dengan kawan tikam kita secara tak sedar?
Kaitannya, kawan baik yang dekat dunia ni kadang-kadang boleh jadi musuh ketat dekat akhirat nanti. Kenapa? Cik blogger tak berani cakap tapi mungkin sebab dekat dunia dulu dorang lupa untuk saling menasihati? Mungkin...
![]() |
Kawan yang baik takkan sanggup biarkan kawan dia terbiar dalam kesesatan selama-lamanya. Sebab dia tahu. Dia tak layak berada di tempat tu.
Kawan yang baik takkan berubah ke arah kebaikan sorang-sorang. Dia mesti nak ajak kawan dia jugak. Tapi kalau dah kawannya degil nak buat macam mana kan?
Apa yang best pasal dorang ni, dorang ni dah macam 'long lost sister or brother'. Kalau ada problem mesti nak bagitau kawan. Kalau ada gosip mesti nak cerita kat kawan. Kalau ada cerita lawak, gambar lawak, ada abang2 akak2 lawa kat ig mesti nak share ngan kawan. Huehue. Dan yang paling penting penting penting pentinggg.. Apa-apa kita cerita kat dia, dia tak hebohkan. Oh! Satu lagi gelaran untuk dorang. Diari bergerak. Hoho.
Haih. Bestnya kalau dapat kawan macam ni. Memang lah manusia tak sempurna. Bukan senang nak cari orang macam ni sekarang. Tapi kalau nak dapat kawan yang baik macam tu, kita sendiri kena muhasabah diri, ubah diri kita jadi baik dulu. Baru lah Dia bagi kita seseorang yang baik untuk kita. Semua dengan izin Dia.
Dia takkan ubah sesuatu melainkan kita usahakannya. Kalau nak dapat kawan baik, takkan free2 jer Dia nak bagi. Ye tak? Tapi ada jer Dia datangkan orang macam tu untuk selamatkan kita daripada terus hanyut dalam kesesatan. Sebab apa? Sebab dia kan Ar Rahim. Maha Penyayang. Salah satu tanda Dia sayang kita ialah dia datangkan seseorang untuk menasihatkan kita. c:
![]() |
| Yang nak pindah manusia berjantina lelaki yang paling dekat dengan kamera |
Ok pesanan terbaik untuk bro Megat... aku pun tak tau sebenarnya nak pesan apa. Tapi whatever lah. Kau laki, dah biasa hidup kat asrama. XD
Apa-apa pun, selamat berjuang bro Megat. Jangan lupa kitorang. Paling penting jangan lupa aku! Huee.
![]() |
| Bro ni pulak tak suka gambarnya dipost. tapi muka dia antara bro2 n sis ni. |
Manusia berdua ni..atau SAHABAT aku .. Terima kasih sangat sebab hadir dalam hidup aku. Stay dengan aku walau korang tahu aku ni macam mana orangnya. Terima kasih sebab tak serik bagi nasihat kat aku. Terima kasihlah!
Korang dah pindah nanti, aku harap kalau kita jumpa balik korang ingat aku! Aku ni, senang lupa nama orang tapi nama korang insyaallah AKU TAKKAN LUPA.. MUKA KORANG AKU TAKKAN LUPA.. SUARA KORANG AKU TAKKAN LUPA..
Sayang korang sangat2. Jaga diri dekat sana. You guys are the BEST HELLOs and the HARDEST GOODBYEs! Assalamualaikum. Kawan till jannah ok!



No comments:
Post a Comment