expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, 3 February 2017

Kawan Till Jannah c:



Bismlillah.. Assalamualaikum. Hai pelawat! Terima kasih la sudi baca.

Ok. Hari ni kat sekolah ada adegan drama yang teramat pendek. Tak tahulah siapa yang letak bawang dekat depan cik blogger ni, asyik keluar air mata je lah.

Hehe.

Takdelah. Sebenarnya, ada dua orang kawan cik blogger nak pindah. Hm. Sedih. Sebab. Serious cik blogger cakap. Dorang SERIBU DALAM SATU! Eh salah. SATU DALAM SERIBU lah..

Ye. Gelaran yang sesuai untuk dorang tapi disebabkan ada dua orang jadi cik blogger tukar sikit, dua dalam seribu.

Ni lah cik blogger suka ni! Cik blogger nak cakap pasal kawan.

Kawan ada banyak jenis. Kawan sekelas, kawan sekerja, kawan yang kenal gitu-gitu je, kawan yang kawan baik gila, kawan yang macam tak rapat tapi dalam diam sangat caring. Banyak lah!

Tapi kawan yang terbaik ialah, of course, kawan yang tak tikam kawan sendiri, secara sedar atau tidak. Kenapa boleh jadi tak sedar? Sebab, kita hidup bukan setakat di dunia je. Cik blogger yakin kebanyakan agama percaya kehidupan selepas kematian. Kan?

Apa kaitan ini dengan kawan tikam kita secara tak sedar?

Kaitannya, kawan baik yang dekat dunia ni kadang-kadang boleh jadi musuh ketat dekat akhirat nanti. Kenapa? Cik blogger tak berani cakap tapi mungkin sebab dekat dunia dulu dorang lupa untuk saling menasihati? Mungkin...


Kawan yang baik sebenarnya ialah kawan yang mengundang kebaikan dan bukannya yang menyesatkan. Baru cik blogger sedar. Cik blogger dah salah tafsir kawan tapi Alhamdulillah jugak. Kalau tak cik blogger takkan tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Kawan yang baik takkan sanggup biarkan kawan dia terbiar dalam kesesatan selama-lamanya. Sebab dia tahu. Dia tak layak berada di tempat tu.

Kawan yang baik takkan berubah ke arah kebaikan sorang-sorang. Dia mesti nak ajak kawan dia jugak. Tapi kalau dah kawannya degil nak buat macam mana kan?

Apa yang best pasal dorang ni, dorang ni dah macam 'long lost sister or brother'. Kalau ada problem mesti nak bagitau kawan. Kalau ada gosip mesti nak cerita kat kawan. Kalau ada cerita lawak, gambar lawak, ada abang2 akak2 lawa kat ig mesti nak share ngan kawan. Huehue. Dan yang paling penting penting penting pentinggg.. Apa-apa kita cerita kat dia, dia tak hebohkan. Oh! Satu lagi gelaran untuk dorang. Diari bergerak. Hoho.

Haih. Bestnya kalau dapat kawan macam ni. Memang lah manusia tak sempurna. Bukan senang nak cari orang macam ni sekarang. Tapi kalau nak dapat kawan yang baik macam tu, kita sendiri kena muhasabah diri, ubah diri kita jadi baik dulu. Baru lah Dia bagi kita seseorang yang baik untuk kita. Semua dengan izin Dia. 

Dia takkan ubah sesuatu melainkan kita usahakannya. Kalau nak dapat kawan baik, takkan free2 jer Dia nak bagi. Ye tak? Tapi ada jer Dia datangkan orang macam tu untuk selamatkan kita daripada terus hanyut dalam kesesatan. Sebab apa? Sebab dia kan Ar Rahim. Maha Penyayang. Salah satu tanda Dia sayang kita ialah dia datangkan seseorang untuk menasihatkan kita. c:

Yang nak pindah manusia berjantina lelaki yang paling
dekat dengan kamera

Bro tu namanya Megat Akmal. Kitorang panggil Megat. Bro ni. Aish sentimental pulak. Bro ni kenal aku macam mana, perangai aku. Tapi tetap pilih untuk berkawan dengan aku. Aku pun tak faham kenapa? Walau dia tahu ada segelintir nasihat dia yang dia bagi kat cik blogger tak bape nak diikut. Tapi jangan salah faham. Cik blogger dengar, ikut. Tapi gagal nak istiqamah. Huhu.

Ok pesanan terbaik untuk bro Megat... aku pun tak tau sebenarnya nak pesan apa. Tapi whatever lah. Kau laki, dah biasa hidup kat asrama. XD
Apa-apa pun, selamat berjuang bro Megat. Jangan lupa kitorang. Paling penting jangan lupa aku! Huee.


Bro ni pulak tak suka gambarnya dipost.
tapi muka dia antara bro2 n sis ni.

Ok. Bro ni nama dia Khairunnisa Hazyani.....Bro..? XD ok silap.. sis.. Sis ni ramai panggil Nisa. Sis Nisa ni. I love her so much! Aku menyesal tak ikut betul2 apa kau cakap haritu. Tapi takpelah. Benda dah lepas kan. Sis Nisa ni. Comeyy lawaaaa BAIKKKK SELALU DIFITNAH KATA MENYIBUK HAL ORANG! KETAHUILAH BAHAWASANYA SIS NISA NI ORANG PALING BOLEH DIPERCAYAI KAT SG LONG NI! Kau boleh story apa2 je dekat dia. Semua selamat ada dengan dia. Kalau ada cerita pasal kau yg kau cerita kat sis Nisa ni. Fikir banyak kali sebelum kau tuding jari kat dia.

Manusia berdua ni..atau SAHABAT aku .. Terima kasih sangat sebab hadir dalam hidup aku. Stay dengan aku walau korang tahu aku ni macam mana orangnya. Terima kasih sebab tak serik bagi nasihat kat aku. Terima kasihlah! 

Korang dah pindah nanti, aku harap kalau kita jumpa balik korang ingat aku! Aku ni, senang lupa nama orang tapi nama korang insyaallah AKU TAKKAN LUPA.. MUKA KORANG AKU TAKKAN LUPA.. SUARA KORANG AKU TAKKAN LUPA.. 

Sayang korang sangat2. Jaga diri dekat sana. You guys are the BEST HELLOs and the HARDEST GOODBYEs! Assalamualaikum. Kawan till jannah ok!

Tuesday, 24 January 2017

Saya dan KELUARGA ^L^

 Nama diberi Nurin Maisarah. Saya dilahirkan pada 14 Oktober 2001 tepat jam 2359 di Hospital Universiti Malaya. Tahun 2016 merupakan tahun kedua terpenting bagi saya kerana pada tahun tersebut saya merupakan calon PT3. Pada tahun ini juga saya banyak melakar sejarah. Banyak kenangan manis yang telah mewarnai hari-hari saya. Tidak lupa juga kenangan pahit yang sukar saya lupakan mungkin selamanya. Namun, alhamdulillah saya berjaya mencapai kemahuan saya iaitu cemerlang dalam PT3. Walau bagaimanapun, saya tahu bahawa PT3 bukan segala-galanya. Peperiksaan SPM jauh lebih penting untuk insan bergelar pelajar seperti saya. Jadi, saya akan mencuba sedaya upaya untuk menguasai subjek yang saya ambil pada tahun ini agar pada tahun 2018(SPM) saya dapat memberi tumpuan kepada subjek tingkatan 5.

  
Meet my family~(2016)



QUEEN OF MA HEART!
 Madhalina Sahbudin: NAMA
*Nana*Mama*Cikyang :PANGGILAN
41 tahun(muda lagii) :UMUR
 25 Ogos: D.O.B 
(tahun kira sendiri..mesti terer maths)
Kuala Kangsar, Perak :ASAL
*Akauntan*Bisnes*Surirumah :PEKERJAAN



NAMA: Rosanizam Sani
Panggilan: *Nizam*Papa
UMUR: 42 tahun(beza setahun je)
D.O.B: 21 Oktober (sama bulan dengan saya ^-^)
ASAL: Subang Jaya(budak subang jaya memang ada gaya)
PEKERJAAN: Jurutera


Sangat 'cool' orangnya

Fatimah Hassan :NAMA
*Cik Timah Lawa*Kak Timah*Makyang*Nenek :PANGGILAN
lebih kurang 64 tahun :UMUR
31 Mac(saya tak ingat tahun bila) :D.O.B
Kuala Kangsar, Perak :ASAL

My favourite person


NAMA: Muhammad Alkautsar
PANGGILAN: (complicated. jadi saya takkan
war warkan di sini)
UMUR: 1 tahun 3 bulan
D.O.B: 20 November
ASAL: Selangor